25 September 2017 - 04:57
Sarjana Turki, Pengarah IRF Dipanggil Jawi

Sarjana Turki, Mustafa Akyol yang sedang mengadakan satu siri ceramah di Malaysia, dipanggil Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), menurut perintah arahan dikeluarkan kepadanya yang dilihat FMT.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sarjana Turki, Mustafa Akyol yang sedang mengadakan satu siri ceramah di Malaysia, dipanggil Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), menurut perintah arahan dikeluarkan kepadanya yang dilihat FMT.

Akyol dipanggil ke pejabat Jawi di Kuala Lumpur untuk disoal siasat di bawah Seksyen 11 Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001, kerana mengajar agama tanpa tauliah daripada pihak berkuasa agama itu.

Jawi turut memanggil Datuk Dr Ahmad Farouk Musa, pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) yang didakwa melanggar Seksyen 43 akta sama kerana “bersubahat” dengan Akyol.

Dr Farouk ketika dihubungi FMT mengesahkan beliau menerima perintah arahan itu.

Akyol, 45, sejak minggu lalu tampil dalam beberapa program anjuran IRF, termasuk sebuah ceramah mengenai buku terbarunya “The Islamic Jesus: How the King of the Jews Became a Prophet of the Muslims”.

Difahamkan, pihak berkuasa sebelum ini bertegas ceramah yang dijadualkan berlangsung di Universiti Nottingham kampus Kuala Lumpur, petang ini, mendapat kelulusan Jawi.

Akyol yang dilahirkan di Turki dan kini menetap di Amerika Syarikat, ialah pengkritik Presiden Recep Tayyip Erdogan dan terkenal dengan kelantangannya membidas penyokong fundamentalisme Islam dan sekular di Turki.

Semalam, Akyol menerusi sebuah forum mengenai demokrasi mengkritik kerajaan yang menggunakan undang-undang drakonian untuk mengekalkan kuasa mereka.

“Kamu tidak boleh berkuasa selama-lamanya dan apabila kamu tidak lagi berkuasa, kamu akan sedar sistem tidak liberal yang kamu cipta itu menyusahkan kamu,” katanya pada forum bertajuk “Demokrasi masih relevan?” semalam.

Dalam forum sebelum ini, Akyol mempersoalkan penyokong kepolisan moral dengan berkata, hukuman di bawah undang-undang syariah hanya meliputi jenayah mendatangkan kecederaan kepada pihak ketiga, bukannya dosa peribadi.

“Saya sebagai seorang Islam percaya dosa bukan urusan kerajaan. Kamu boleh dan patut menasihatkan umat Islam yang melakukan dosa, tetapi kamu tidak harus menghukum mereka,” katany